Saturday, June 4, 2011

detik hati yang berzikir

Tuhan..
tatkala tangan menulis,hati ku berdetik mohon agar dijauh kan dari kesilapan..

hati adalah satu organ yg tidak berhenti berdetik selagi hayat..ak bukan lah seorang doktor utk mengulas lebih saintifik tentang hati..

sesungguh nya zikir itu penenang hati2 orang islam..itu yg Allah firman kan di dalam kitabNya yg suci..

tapi sebagai manusia,kita sering lupa tentang itu..

ingin ak kongsi kan pada hari ini..
dahulu hati ak amat sukar untuk mengingati Nya..serinkali cemburu dtg melanda pada insan yg hati nya terikat kukuh pd haq Tuhannya..tetapi hati ini masih sepi dari zikir..sekadar disinggahi cemburu itu..apa lah gunanya?hati ku mula merasakan aku adlh insan yg ditakdir kan utk neraka...astaghfirullah..hari2 ku dihabis kan dgn menangisi tanggapan itu..hati ku lama kelamaan jemu dan mula menjauh kan diri dari Pencipta lantaran tiada nya keyakinan terhadap rahmat Tuhan..mula mengasing kan diri dari mereka yg kurasa indah peribadinya..

begitu buruk hati yg xmengingati Allah..
ak lupa Allah itu Maha Pengampun..
ak lupa Allah itu Maha Penyayang..
ak lupa kerana ak tidak berzikir(mengingat kn)

sehinggalah...
tergenggam erat di tangan ku seutas tasbih yang dihadiah kan abang ku..
satu persatu butir2 tasbih kugerak kan..
bibir ku mengatur kalimah2 indah memuji Yang Esa..
20minit-30minit..tiada apa yg kurasa kn..
ak hampa..hati ku mmg tidak ad Allah padanya..
perlahan2 air mata ku menitis..
sekali lagi ak kecewa dengan keras nya hati ku...
perasaan ku ketika itu teramat pedih..ak ingin kn Allah..ak mahu kn cintaNya..ak rindu kan redhoNya..

keesokannya..ak demam..xmampu bibir ku mengucap walau satu kalimah..sekepin sms ku kirim kpd abu n ummi agar mendoa kn keikhlasan hati ku..pedih hati ku masih terasa..kecewa nya hati ku..ttp terhadap apkah kekecewaan ku?pd Allah kh??

seorang teman datang menemui ku..bertanya khabar dan cuba untuk berbual dengan ku..melihat kan mata ku yg lebam kesan menangis mmbuat sahabat ku lbh tertanya2..tp ap kh yg dapat ak kata kn tentang hati yg sedih ini..ak hanya mendiamkan dr..dia mmbaring kan tubuh nya di sebelah ku..memeluk ku sambil tersenyum.

ku pandang wajah nya yg khusyuk mmbaca..tanpa ak sedar ak sudah menangis teresak2..
tenangnya kamu wahai sahabat..adkh ini kesannya apbila d hati ada iman..dan tanpa ku pinta satu persatu isi hati ku kuluah kan..dan dptkulihat di tubir mata nya juga ad air yg bergenang..

'sahabat..ap yg nti rasakan kini adlah zikir sahabat...zikir itu bukan shj menyebut namaNya..tetapi mengingati nya..bersyukur lah atas anugerah ini..sedih nya hati nti kerana berjauhan dari allah sehingga demam adlh bukti kerinduan nti..tangisan nti kini menggambar kan taubat nti..nti harus kuat..Allah sedang menyedia kn jalan untuk nti..kuat lah hati nti dgn tawakkal dan taalluq..Allah pasti bersama..sebesar mana dosa yg pernah nti laku kn,keampunan Allah itu lebih besar'kata2 nya membuat ku semakin teresak..buta nya ak ya Allah..
ak buta pd kurniaan Mu..
ak buta pd peringatan Mu..
ak buta pd hakikat Ar-Rahim Mu..

ak gagah kan langkah ku pd hari dpn2 nya..
walau berkali ak rebah n jatuh tersungkur dalam hakikat kehambaan ku ak akn terus berzikir mengingati Nya..
walau sekeras batu hati ku,akan ak cair kan ia perlahan2 shingga hanya ad Allah di hati ku..
ak menyeru pada hati ku n hati2 sahabat dan saudara2ku..
berzikr lah duhai hati sehingga ke saat pertemuan dgn Pemilik mu..

Wednesday, March 23, 2011

Monday, May 17, 2010

HATI YANG KELIRU

saat bersendirian hati ini digamit suatu rasa..suatu rasa yang amat dirindu..


hati ini keliru,
antara hidayah atau ujian,
di antara liku-liku dusta ini,
mampukah hadir sesinar cahaya,

menitis air mata di saat begini,
aku keliru antara hidayah atau mainan hati,
hadir memenuhi segenap hati kekecewaan,
kekecewaan lantaran gagal merebut hidayahNya,


sebak menemani tangis,
tidak seperti iman ku yang tanpa temannya amal,
disaat terbaring aku masih kaku,
saat berdiri aku tetap keras,waktu ku berdiam hatiku berbisik,
saat ku berfikir hatiku merintih,
hidup ini benar2 mengelirukan,


sukar benar mencari Yang Satu,
sedang maut itu sentiasa menghampiri,
tiada awal,tiada lewat,
tiada khabar dan tiada menanti,

hidayah itu memang sukar digapai lantaran hati yang zulumat..

Monday, April 19, 2010

CINTA YANG KU UKIR

gementar hati gua tatkala tangan ini mahu membicarakan soal cinta....kerana ombak perasaan gua bagai bergulung takut kalau kehilangan cinta... kalau sekali sudah cinta pasti hati terukir nama nya...memadam ukiran hati umpama membelah hati, gua pasti hirisan itu pedih, kata si manusia cinta itu ibarat laut dan pantai, ibarat cahaya dan bulan, tapi gua pasti pepatah itu salah, kerna cinta xkan surut sperti laut, kerna cinta xkan meninggal kekasih seperti chaya meninggal bulan diwaktu siang,payah nya mengukir cinta tidak seperit memadam ukiran nya, bhagia nya cinta kalau kesampaian, iri bumi melihat manusia kerna punya hati untuk menyinta, kerna buah cinta itu mekar tika berputik manis tika ranum..ya tuhan ku apakah cinta sesama manusia itu satu anugerah ataukah ia satu rintang ujian mu, cinta ku...tidak pernah kesal gua ukir nama mu di hati walau tahu, jika jatuh nya tika mekar pasti parah tidak sedikit luka nya, gila kerna menyintai mu pasti indah,biar org kata cinta pada manusia itu rapuh, namun ia tetap indah.. hati kita satu, air mata mu tangisan gua, berdarah hati gua luka hati mu..pahit peria kehidupan terasa manis kerna madu cinta.mengalir tenang hati hamba itu, sungai hati nya hanya menuju tuhan, cinta nya abadi,marak api ujian nya pasti berkobar, sujud bumi menolak taklifan kerna takut bahang nya. namun api itu pasti dingin waktu cinta mula ranum, bagai si kekasih ibrahim dingin di api kerna cinta nya kesampaian,cinta pada tuhan pasti berbalas, tidak pernah kecewa hati sang pencinta, xkan pernah tuhan menolak cinta hamba nya, gila menyintai tuhan bermilion kali lebih indah dari senyum puas pencinta dunia, setitis cinta darinya xkan ada yang boleh di tukar gantiya tuhan ku....kurniakan lah setitis cinta ke dalam hati ku kepada mu, hamba mu ini tidak punya tempat untuk mengadu kecuali kepada mu, hambamu xkan dapat hidup kecuali dgn cinta mu, kalau lah sjuta nyawa di beri, izinkan aku menyintai mu selama nyaerm....lagu ni la... pakat pikir la


0 comments:

Friday, January 29, 2010

IMPAK SEBUAH PENULISAN

'lambaian jihad'..ini adalah tajuk bagi sebuah novel islam ketika ana di darjah enam..mungkin bagi orang lain ini adalah kebiasan bagi seorang remaja menghabiskan masa dengan membaca novel..tapi bagi ana ini adalah novel pertama ana baca dan benar2 telah mengubah hidup ana..isi kandungan novel ini banyak menceritakan tentang erti sebenar sebuah perjuangan..pada masa itu cita2 ana adlah untuk menjadi seorang askar..ana ingin berperang..tetapi setelah ana baca novel ni ana menukar cita2 ana untuk menceburi bidang agama..alhamdulillah urusan ana dipermudah kan oleh Allah..pada masa itu ana sendiri tidak pasti apakah yang merubah cita2 ana itu..adakah krana cerita itu atau kerana kesedaran tentang erti sebuah perjuangan..
sehinggalah ana membuat kaputusan untuk menunuut di sebuah pondok..di situ ana mula memahami kenapa ana menukar cita2..itu adlah kerana sebuah kesedaran yang ana perolehi melalui sebuah jalan cerita yang diwujudkan oleh penulisnya..pada waktu ini ana terasa ingin untuk bertemu penulisnya untuk mengucapkan ribuan terima kasih..tapi ana dah lupa nama pengarangnya..ana cuba mencarinya d perpustakaan sekolah ana dulu tp tidak berjaya akhirnya ana mendoakan shj dalam doa..moga perjuangan dakwah beliau akan terus bersinar..
dan bermula saat inilah ana bertekad untuk terjun barsama ke medan penulisan kerana ana sedar penulisan seperti ini sebenarnya sedikit sebanyak akan mengusihk hati seorang remaja...tetapi mungkin itu bukanlah satu kelebihan bagi ana..tambahan pula ketika ana melangkah ke dunia asrama di sebuah sekolah tahfiz ana tidak dibenarkan untuk membawa novel ataupun menulis novel..ketika itu kerana minat yang mendalam banyak la buku ana yang telah dirampas..pada masa itu ana sendiri tidak pasti apakah motif disebalik undang2 itu..tapi ana ni jenis yang keras kepala..ana menulis pula dalam diari ana..tapi diari ana pun turut dirampasnya..pada masa itu jwa an amemberntak..ana mengambil keputusan untuk keluar dari dunia belajar agama..
shinggalah ana mendengar sebuah nasyid 'sunnah orang berjuang'..pada masa itu ana terfikir betapa tipis dan ceteknya medan juang ana...akhirnya ana tumpukan shj pada pembelajaran ana dan terus melupakan aktiviti penulisan ana..
sehinggalah ana melangkah ke t3..elesai pmr ana mancari ruang untuk mambaca novel islam..tp ana tidak rasa apa yang ana rasa ketika membaca novel lambaian jihad..novel2 tersebut seolah-olah sama dengan lambakan cerita cinta yang ain...natijahnya ana hanya membaca depan,tengah dan belakang..semua kawan ana pelik melihat sikap ana itu..bagi mereka itu adalah novel terbaik dan paling islamik..tapi sebaliknya bagi ana..bagi ana novel itu walaupun dia mengulas cerita cinta dalam konteks islamik tapi ini merupakan racun bagi kami sebagai pelajar sekolah agama.sejujur hati ana akui..kesan daripada buku2 sebegini ana hanyut dalam khayalan ana dengan imopian untuk mermasuki alam percintaan seperti yang terdapat dalam novel2 tersebut..
tersedar dari kesilapan ana tekad untuk menghadiah kan rakan2 ana novel lambaian jihad tersebut..tapi pencarian ana akhirnya buntu sendiri..kerana itu ana bangkit kambali untuk menulis..ana tidak mahu remaja baya2 ana terus tenggelam dalam watak2 novel yang kononnya meletakkan cinta pada Allah shj tetapi mencintai seorang wanita yang akhirnya diakhiri dengan cara2 cinta islamik..dan pilihan ana adalah untuk menulis semula lambain jihad..alhamdulillah penulisan ana menarik minat sesetangah rakan ana..sehinggakan ada yang minta supaya ana panjangkan lagi cerita nya..
tapi ana telah mengakhiri persekolahan ana di sana untuk menyambung di sebuh sekolah tahfiz juga..harapan ana pada masa itu semoga rakan2 ana yang sempat membaca penulisan ana akan tertarik hati untuk terus mencari buku2 yang sebegitu..sedang ana sendiri masih tercari2 tanpa henti..
melangkah ke alam baru memebuat hati ana sedikit berbunga riang kerana di sini novel islam dibenarkanb untuk dibawa..ana mengambil kesempatan ini untuk bertanya tentang nvel yang mirip2 kepada novel tersebut..tapi ana kecewa kerana jawapan yang diberi rata2 novel memang akan ada kisah percintaan kalau yang tiada pasti tidak akan mendapat sambutan..
ana emakin teruja untuk menulis cerita yang sedemikian tetapi terbantut kerana ana sendiri sibuk dengan hafalan dan periksa ana..
pengakhiran kepada pencarian ana adalah pada 24/1/2010..dimana salah seorang sahabat ana telah meminjamkan ana sbuah novel karya seorang penulis yang asing bagi ana,hilal asyaf...tajuknya sdkt pn tak menarik perhatian ana kerana ianya berkisar tentang bola tampar...tetapi sahabat ana berkata'mungkin apa yang nti cari akan ditemui dalam buku ini..'kata2nya itu membuatkan ana memaksa diri untuk membaca..pada mulanya ana belek depan,tengah dan belakang..tapi ana tertarik pada satu slogan dalam m/s yang ana belek iaitu'sukan itu adalah ibadah'..ana akhirnya membelek setiap helaian..dan buat kali ke2'menarik'perkataan itu terbit di hati ana slps selesai membaca..
ana kembali terfikir..apa sebenarnya persamaan dalam kedua-dua novel tersebut..akhrnya ana mendapat jawapan..hikmah di sebalik sebuah penulisan dan pencarian ana yang telah membuat ana rasa tulisan mereka menarik..tidak salah rasanya ana membuat persamaan dengan ayat al quran di mana setiap ayat mempunyai perbezaannya..tp isi di sebaliknya sama iaiyu supaya kita sedar kekuasaan Allah..kita akan terasa indah sekiranya pencarian kita berakhir dengan sebuah penemuan yang bertepatan..sebenarnya setiap pencarian ana telah pun menemui jawapan semenjak ana terpilih untuk menjadi penjaga kalamAllah lg..tapi ana yang tidak memerhatikannya..
akhir kalam..apa yg baik itu dri Allah dan apa yang lemah itu dari diri ana sendiri..hakikatnya semua dari Allah..wallahua'lam wa ilalliqa'

MULUT KE MULUT

Di sini ana ingin meletakkan sedikit cerita buat renungan bersama. Cerita ini ana ambil daripada ruangan forum di friendster.. Semoga kita sama-sama mengambil manfaat dari cerita ini.Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali.Sesungguhnya aku tidak sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku terlena di atas sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku berada dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku dihantui mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan. Emosiku terganggu..... Fikiranku mengimbau peristiwa lama itu..... Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menantijawapan. "Macam mana?" tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!". "Kalau abang nak..... adalah!". Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia gembira. Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang padaku. Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku. Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku.Dan segala-galanya. "Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,". Hari-hari itu yang diingatkan padaku. Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Laluhari-hari kubisikan kepadanya kata-kata yang baik.Biarpun dia masih didalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang menghubungkan aku dengannya.Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akan mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal ibuapabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas pada kalimahtayyibah yang diajarkan. Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitanantara hidup dan mati. Terubat hatiku melihat senyumannya.Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Palingseronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana,nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri Rasullulah s.a.w. yang terunggul.Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami. Takdir Allahs.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas kelahirannya. Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku tidak banyak bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan reda.Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah,akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang tua. Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang lain.Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cemerlang dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Pun begitu demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku yakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis segala unsur jahat.Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar biar pun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam. Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantau orang. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga.Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan membanggakan.Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak inilah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir nanti.Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepada kebaikan.Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu banyak fitnah,Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya memakaipurdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambillangkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah.Katanya, dengan keadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti. Rugilah kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana Cuma tersenyum mendengar pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya," Nur Amana memujukku. Dan hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa. Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku kini.Hari-hari berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mula berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung diri dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidak berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan. Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepada Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama.Ketika itu Nur Amana tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku dan suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu diperolehi oleh Nur Amana sendiri.Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak ada apa-apa? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga timbul fitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan menujam diri menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya. Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang pasti hatiku cukup bimbang. Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna ungu yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa.Suamiku menggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib berjemaah bersama. Tapi,Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat dahulu.Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga Nur Amana menolak dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yang tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernah melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan kerja lain dari solat.tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun kami cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu. Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang berkeroncong. Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih.Kecewanya hatiku dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi tapi cepat suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan bersahaja. Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis. Wajahnya lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering mengukir senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur Amana tersentak.Dia menafikan sekeras-kerasnya.Katanya itu cuma fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memelihara agamanya.Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu, menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia.Darahku berderau.Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi.Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke Singapura lagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Kamar sederhana besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya telah kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat Cuma tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku menghampirinya. Dan jantungku berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah berkenaan agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya. Aku menggeletar. Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi mahkamah meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan. Air mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia jadi begitu?Subhanallah!Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan demi pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan.Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya mencintai Adam..... pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya. Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur Amana menangis. Aku terkaku.Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit.Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong.Nur Amana membawa bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa "Cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah memutuskanbahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu.Suamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari rumah! Pun polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa digunakan meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Amana menjadi hangat.Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen. Latar belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik. Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya, ramai yang menyimpulkan, Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cinta!Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!!!Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda berdarah India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan mengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di dadanya.Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang.Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu.Keputusan diumumkan.Suamiku gagal!Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya. Dan kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih daripada 18 tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega. Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam pelukan suamiku.Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air matanya gugur.Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya."Demi Allah! Aku bersumpah negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!". Tiba-tiba suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi.Mahkamah sunyi seketika.Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan "Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah.Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat."Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!'.Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku.Suamiku meronta-ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkan kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya digari.Ketika melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini yang kau pilih, teruskanlah..... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan selamat!," Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung.Pun kulihat sekilas senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar. Keranamu Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya. Dan hari ini, suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka kepada mahkamah! Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan sentimen perkauman juga keagamaan.Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali. Aku belum solat Isyak.Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan menyambung mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk.Solat Isyak kudirikan. Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagi pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun jauh di sudut hati. Aku terus berharap....., pulanglah anakku,Nur Amana!Aduhai, kisah Natrah berulang kembali..... Agama dipermainkan oleh undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehingga tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI.Sampai bila perkara ini akan berakhir..... Betapa hibanya hati seorang ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyak lagi kes yang sama seperti Nur Amana. Apakah tindakan kita yang mengaku dirinya ISLAM? Apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini????Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah airkita..... Sedarlah!!!Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKANDI BUMI.......MALAYSIA khasnya....

Friday, January 15, 2010